6 tahun kami berkahwin & setiap tahun balik raya..soalan yang sama pun ditanya, "Bila nak dpt baby ni?"
"Tak teringin ke nak baby?"
Kadang-kadang pelik sungguh, soalan tu sampai bertahun-tahun tanya. Sampai tahun ke-5 Yuni malas nak jawab, hanya senyum je. Tapi pelik pula, tahun lepas bila dh confirm ada baby dlm perut ni 2 bulan tapi perut agak x nampak, tak ditanya pulak..ishh..membuatkan setiap kali balik raya di kampung kalo boleh nak duk dlm bilik je..
Teringat time mula-mula tahu good news preggy tu. Sebenarnya Yuni tak expect pun sbb mmg malas nak pikir pun psl baby sbb habis ikhtiar sampai IUI pun x menjadi padahal setiap kali jumpa doktor mesti kata, "Both of u xde problem. Maybe xde rezeki lagi.".
Bila Yuni tahu pregnant?
Selepas balik dr Guangzhou, Lepas je flight landing Yuni terhuyung-hayang terasa pening sangt nak muntah. Pelik juga rasa sbb selama ni naik flight xde pun rasa macam ni. Sampai kaki Yuni membengkak. Masa tu berseloroh lagi dgn kawan.."hihi..kaki akak macam kaki orang mengandung, kan."..hehe..masin mulutku bila keesokannya ke klinik yang pd asalnya hanya nak amik ubat loya & muntah tapi bila check, positif pregnant! Itulah the happiest moment in my life!..yelah..selama ni dh beli UPT tester tu dh berkotak selama bertahun-tahun tapi asyik fail je tp hari tu tercatat sejarah ada 2 garis!! Syukur alhamdulillah..
Alahan takde..mmg alhamdulillah sgt. Cuma masa Yuni tahu mengandung tu time nak dekat puasa. Jadi, masa bulan puasa tu tekad sangat nak puasa penuh tahun ni. Cuma mintak-mintak tahan dari muntah..alhamdulillah..walaupun ramai yang nasihatkan berbuka je la sbb memang petang agak lemau terbaring macam orang sakit, puasaku penuh pada tahun lepas. Menu buka puasa hanyalah buah & air sbb bila tgk je lauk, terus muntah sbb mungkin perut dah masuk angin kot.. Cuma alahan tak boleh tengok masak lemak cili api. Kesian hubby, dah la lauk kegemaran dia. Sampai sekarang tak boleh makan lagi.
Berikhtiar dengan berterusan Yuni pakai Premium Beautiful & juga Herba Maharani. Itu yang Yuni amalkan selama 2 tahun secara konsisten. Kombinasi inilah dapat membetulkan kedudukan hormon kita, mencuci dalaman serta menstabilkan hormon kita. Selain berikhtiar, banyakkan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat dengan ikhlas hati meminta daripadaNya sebab semua yang terjadi atas izinNya..
Sekarang, baby dah 9 bulan dalam perut ni. Terlalu excited, semua kelengkapan dah dibeli sejak 5 bulan dalam kandungan. Sampaikan sekarang stroller pun dah ready. Sekarang semua dah siap, cuma nak tunggu baby keluar je..Scan 3D/4D pun dah tengok. Mmg luarbiasa rasanya bila tengok rupa baby dalam perut. Rasa tak percaya je nak jadi mommy! Perut pun selalu berombak-ombak..mmg teruja sgt! Itulah dia miracle-nya kejadian manusia. Syiok bila baby tendang, bergerak, mengeras..semua impianku yang kini dapat ku rasakan.
Semoga Allah swt mempermudahkan proses bersalin..
Pada sesiapa yang nak mencuba atau nak dapatkan keterangan lanjut mengenai korset Premium Beautiful & Herba Maharani, boleh tinggalkan komen atau email pada Yuni ye!
No comments:
Post a Comment