Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts
Showing posts with label Premium Beautiful. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Preggy mommy!

Haa!! Rasa teruja pun ada menanti baby permata hatiku ni..now dah 37 weeks! Post ni nk crite ke'excited'tan menyambut org baru dlm life kami..penyeri hidup kami.

6 tahun kami berkahwin & setiap tahun balik raya..soalan yang sama pun ditanya, "Bila nak dpt baby ni?"
"Tak teringin ke nak baby?"
Kadang-kadang pelik sungguh, soalan tu sampai bertahun-tahun tanya. Sampai tahun ke-5 Yuni malas nak jawab, hanya senyum je. Tapi pelik pula, tahun lepas bila dh confirm ada baby dlm perut ni 2 bulan tapi perut agak x nampak, tak ditanya pulak..ishh..membuatkan setiap kali balik raya di kampung kalo boleh nak duk dlm bilik je..

Teringat time mula-mula tahu good news preggy tu. Sebenarnya Yuni tak expect pun sbb mmg malas nak pikir pun psl baby sbb habis ikhtiar sampai IUI pun x menjadi padahal setiap kali jumpa doktor mesti kata, "Both of u xde problem. Maybe xde rezeki lagi.".

Bila Yuni tahu pregnant?
Selepas balik dr Guangzhou, Lepas je flight landing Yuni terhuyung-hayang terasa pening sangt nak muntah. Pelik juga rasa sbb selama ni naik flight xde pun rasa macam ni. Sampai kaki Yuni membengkak. Masa tu berseloroh lagi dgn kawan.."hihi..kaki akak macam kaki orang mengandung, kan."..hehe..masin mulutku bila keesokannya ke klinik yang pd asalnya hanya nak amik ubat loya & muntah tapi bila check, positif pregnant! Itulah the happiest moment in my life!..yelah..selama ni dh beli UPT tester tu dh berkotak selama bertahun-tahun tapi asyik fail je tp hari tu tercatat sejarah ada 2 garis!! Syukur alhamdulillah..

Alahan takde..mmg alhamdulillah sgt. Cuma masa Yuni tahu mengandung tu time nak dekat puasa. Jadi, masa bulan puasa tu tekad sangat nak puasa penuh tahun ni. Cuma mintak-mintak tahan dari muntah..alhamdulillah..walaupun ramai yang nasihatkan berbuka je la sbb memang petang agak lemau terbaring macam orang sakit, puasaku penuh pada tahun lepas. Menu buka puasa hanyalah buah & air sbb bila tgk je lauk, terus muntah sbb mungkin perut dah masuk angin kot.. Cuma alahan tak boleh tengok masak lemak cili api. Kesian hubby, dah la lauk kegemaran dia. Sampai sekarang tak boleh makan lagi.

Berikhtiar dengan berterusan Yuni pakai Premium Beautiful & juga Herba Maharani. Itu yang Yuni amalkan selama 2 tahun secara konsisten. Kombinasi inilah dapat membetulkan kedudukan hormon kita, mencuci dalaman serta menstabilkan hormon kita. Selain berikhtiar, banyakkan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat dengan ikhlas hati meminta daripadaNya sebab semua yang terjadi atas izinNya..

Sekarang, baby dah 9 bulan dalam perut ni. Terlalu excited, semua kelengkapan dah dibeli sejak 5 bulan dalam kandungan. Sampaikan sekarang stroller pun dah ready. Sekarang semua dah siap, cuma nak tunggu baby keluar je..Scan 3D/4D pun dah tengok. Mmg luarbiasa rasanya bila tengok rupa baby dalam perut. Rasa tak percaya je nak jadi mommy! Perut pun selalu berombak-ombak..mmg teruja sgt! Itulah dia miracle-nya kejadian manusia. Syiok bila baby tendang, bergerak, mengeras..semua impianku yang kini dapat ku rasakan.

Semoga Allah swt mempermudahkan proses bersalin..

Pada sesiapa yang nak mencuba atau nak dapatkan keterangan lanjut mengenai korset Premium Beautiful & Herba Maharani, boleh tinggalkan komen atau email pada Yuni ye!





Wednesday, July 11, 2012

Nak beli apa di Guangzhou?

Tinggal lagi 1 hari countdown ke sana. Kami 1 flight di bawah kelolaan BMW Group akan bertolak pagi Khamis ni. Mmg ter-over excited. Mne tak nya... Banyak sgt barang-barang nak shopping kat sana. Walaupun dh banyak negara Yuni pegi tapi setiap bandar adalah berbeza. So, sekarang ni nak tgk culture kat Guangzhou pulak!!

Nak beli ape di Guangzhou?
1) Kain China silk utk dijahit nanti.
2) Hubby mmg excited sgt dari bulan lepas nak beli kain langsir utk raya katanya..ia kan je la ek..hehe..
3) Selendang bermanik yang the vast!!
4) Keronsang yang besar-besar!
5) Handbag is a must!
6) Blouse yang santek-santek.
7) dan lain-lain..hehe..

Ok ye, kawan-kawan. Kalo Yuni boleh pegi melancong secara percuma, kawan-kawan pun boleh sbb ada peluang dan trip ke London dan Paris selama 8 hari sedang berlangsung. Jom bersama kami usahawan PRemium Beautiful mengelilingi dunia!!

Saturday, June 2, 2012

Blogging!

Today 4 biz partners set up utk berblogging juga.

1) FB Wan Zalikha : ikabeautilicous.blogspot.com

2) FB Jaja Alis : jajashanteque.blogspot.com

3) FB Fiza Radi : pogyjaja.blogspot.com

4) FB Cik Puan Eira : khaieragorgeous.blogspot.com

Wah! Kagum dgn outcome blog biz partner semua..mmg santek-santek lagi dari blog Yuni. InsyaAllah...kita upgrade medium biz selari dgn zaman teknologi sekarang. Lebih mudah dan pasaran makin luas berbiz menggunakan blog ni..pasaran Premium Beautiful (PB) pun makin besar sbb every women deserve to own one PB!

Kawan-kawan, sila jenguk ye!! TQ

Thursday, May 31, 2012

LONDON..we're coming!!!

Wow! Terujanya dgn next 100% FREE package! LONDON!! Dari kecik kita sentiasa didedahkan dgn keindahan London. Igt x?
- kita selalu nyanyi lagu..let's sing a song.."london bridge is falling down..falling down..falling down..london bridge is falling down..my fairlady.."
- makanan pula..keropok yang plg famous dari kecik, keropok 'Double Decker' yang mmg sedap tak lapuk dek zaman!

Ter-recalled pula childhood masa ikut abah study kt sana..mmg best! Terutama skali masa winter. Suasana yang nyaman, salji turun macam debu, buat snowball fighting, snow slide, snow man yang montel, snow castle...semua macam baru semalam..mmm..bestnyer!! Tapi masa tu x pandai nak shopping lg..ye la...baru umur 13 tahun. Yang tahu jenama pun adidas, nike, puma sbb British mmg suka pakaian sporty masa tu. Kalo pg bulan Mac 2013 nnt x tahula apa gayanya shopping kat sana. Handbag kan ku serbu! ..hehe..

Ini yuni sertakan beberapa tempat menarik yang akan dikunjungi di sana!
- Trafalgar Square, Big Ben, Buckingham Palace, London Bridge, London Eye, Oxford Street...dan macam-macam lagi!

Semua ni akan menjadi kenyataan dengan biz PB..sesiapa pun boleh ikut serta kalo NAK. Jom! Pakej ni ditanggung 100%! Kalo nak ikut serta, jom pm Yuni di FB atau email nurul.ayka@yahoo.com.