Trip dari Belgium ke Holland pada 11hb April yang lepas memang satu pengalaman yang luarbiasa kerana rasa bertuah dapat menikmati festival bunga tulip dan 1st time Yuni travel jatuh pada spring!!
Kami mendarat di Schipol Airport & perjalanan mengambil masa 1 jam menuju ke ibu negara Belgium iaitu Brussels. Di atas bas, kami diberi gift coklat Godiva dan duit shopping 45 Euros setiap seorg! Mmg best dpt benda free ni, kan. Tempat hang pertama dikunjungi ialah Atomium iaitu mercu ganda Belgium yang cukup besar dan unik! Satu pengalaman yang baru di Brussels sbb dapat menikmati waffle yang mmg menjadi fav yuni setiap kali je pasaraya tapi rasanya mmg sedap sungguh dan mengenyangkan sbb besar dan rangup. Belgian waffle ditambah pula dgn nutella yang lemak berkrim...mmmm..mmg best sgt!! Sambil makan, kami shopping di Manneken Pis iaitu tempat bersejarah yang mesti dilawati di Brussels. Souvenir kat situ dijual pada harga yang berpatutan dan banyak sgt shopping coklat yang macam-macam rupa dan rasa. Mmg best sgt!! Tempat ni ada sejarah tersendiri. Pada zaman dahulu kala ada kebajaran yang amat dahsyat sgt. Semua termasuk bomba tak dpt nak padamkan api yang semakin marak sehinggalah seorang budak kecil yang kencing dan tiba- tiba api semakin padam di tempat dia kencing. Tak lama lepas itu, semua orang amik air kencing budak itu utk padamkan api tu. Budak tu dinamakan Pee Pee Boy. Ada monumen budak itu di tgh-tgh bandar tapi cerita ini boleh percaya tak? Hehe.. Selepas habis shopping selama 2 jam, terus kami balik ke hotel utk berehat.
Keesokan paginya terus bangun awal sbb nak ke factory outlet sbb dah diwar-warkan harga barang kt situ ada potongan 60%!! mmg all-out shopping la..sempat grab Nike's sneakers, sling bag, shirts, tops, 4 pairs of Levi's jeans, and many more!
Beberapa hari di holland mmg best sgt sbb cuaca yang sesuai sgt! Kami dibawa ke Red Light District yang menjadi tempat tourist..yang sebetulnya, tempat fav kaum adam kot...hehe..nak tahu tempat ape ni? Red Light District ni terkenal sbg tempat pelacuran yang pelacurnya 1/4 naked di dalam dinding kaca. Means...hanya pakai bra dan panties kecik je.. Mmg gerun tgk tapi pengalaman di tempat org kita kutip. Culture org Amsterdam yang bebas dari segi pergaulan, dadah, pelacuran dan segala-galanya. Malah ganja dijual seperti asam masin yang kita beli di kedai-kedai runcit. Tarik je dari papan, terus boleh hisap. Coffee shop tak yah masuk la..mmg tempat hisap marijuana. Bab shopping mmg heaven sgt sbb barang-barang tax free sbb boleh refunds tax di airport means kami beli dulu, pastu masa di airport boleh claim balik tax. Best, kan! So, apa lagi...sbb minat bag, yuni grab DKNY Patent Scarf Tote, MAC cosmetics, 2 H&M's coats and H&M's handbags for souvenir. Hari yang berikutnya, kami menaiki bot pelancong mengelilingi bandar Amsterdam dan singgah si Gassan Diamond factory di mana satu-satunya factory yang mengeluarkan berlian 121 iaitu mempunyai 121 cuts yang cukup unik. Kat sini shopping pen yang mempunyai berlian di hujungnya yang mempunyai reka bentuk ekslusif dan unik. Esoknya kami ke Keukenhof iaitu tempat festival bunga tulip yang terkenal di dunia! Mmg rasa bertuah sgt sbb dpt lihat, cium dan pegang sendiri bunga tulip. Sampai sini baru tahu sebenarnya bunga tulip bukan berasal dari Holland tapi sebenarnya dari Istanbul, Turki. Seluas mata memandang ladang bunga tulip yang bermacam-macam warna. Subhanallah...itu je yg mampu diucap. Besarnya dan indahnya ciptaan Allah swt. Hari yang seterusnya kami dibawa ke kilang cheese dan terompah kayu tradisional Holland.. Di sini kami melihat bagaimana cheese dan terompah dibuat secara manual dan seterusnya dijual ke pengguna. So, shopping lagi!!! Selepas itu, terus kami dibawa ke perkampungan nelayan. Di sini lah sekali lagi Yuni cukup bersyukur sbb dapat menyaksikan sendiri bagaimana yang dikatakan Holland negara di bawah aras air laut. Sebelum ni Yuni just dgr shj orang cakap tapi memang menakjubkan di mana Holland yang tanahnya rendah dari air laut hanya dipisahkan tembok tinggi yang tahan dihempas air laut dan lebar tembok tanah itu tak sampai pun 100 meter dari kediaman si pesisir laut. Memang menakjubkan! Cuba bayangkan, kita mendaki bukit yang tinggi 30 steps tangga. Bila sampai je kat atas terus nampak air laut yang sama aras dgn kita. Boleh bayangkan tak? ...mengagumkan, kan. Boleh bayangkan betapa rendahnya tanah Holland tapi tak pernah berlaku banjir pun. Sbb tu la Yuni suka travel sbb nak tgk keindahan alam Allah swt. Di kampung nelayan ni kami dapat makan seafood digoreng fresh serta salad fresh dan yang bestnyer sbb FREE!! Mmg lazat sgt! Souvenir kat sini paling rendah harganya berbanding tempat lain! Mmg shopping sakan lagi!!!
So, ini shj yang Yuni nak cerita mengenai trip FREE ku di Holland dan Belgium. Semuanya kerana biz PB yang Yuni buat ni. Kalo yuni boleh, anda pun boleh! Jom sertai kami utk trip seterusnya ke London & Paris pula!
No comments:
Post a Comment