Showing posts with label London. Show all posts
Showing posts with label London. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Bonjour & Hello, mate!!

Bonjour - France
Hello, mate - London

Siapa nak ke London dan Paris in March? Weather? Winter nak masuk spring!!! maksudnya ada salji sikit, bunga everywhere!! Memang marvelous sbb temperature within -3 celcius to 15 celcius. Menarik, kan!! Today's entry Yuni nak sangat story next trip yang still on utk sesiapa yang nak register. Siapa nak ambil peluang utk dapatkan pakej percuma selama 8 hari 6 malam ke kota Paris dan London? mesti semua nak, kan!! ramai yang tanya macamana nak dapat FREE PACKAGE tu? mesti ada syarat, kan..jawapannya...

DENGAN BERBISNES BERSAMA PREMIUM BEAUTIFUL..

Yang bestnya, BUKAN SEKALI NI JE DAPAT FREE TAPI 3 KALI SETAHUN DAPAT MELANCONG PERCUMA KE SELURUH DUNIA !!!

Tak percaye?  Tengok sajela gambar-gambar melancong yang Yuni dh ikut bersama and semuanya exclusive trip sbb all are in 5-star exclusive hotel, dining, tour guide dan macam-macam lagi! So, kenapa tunggu? Utk pakej London dan Paris ni limited time UNTIL SEPTEMBER ONLY!

Yuni akan sertakan gambar-gambar Paris dan london yang kita akan berangkat around March next year!!

Do contact me for more info. tq!!


SEKITAR KOTA FESYEN, LONDON

 nak amik gambar macam ni nanti..


 Beli souvenir, jangan tak beli! 


 Buckingham Palace is a must. Nak tgk Prince William..hehe..


 Mug yang musti beli!


 Nak bergambar ngan tepon merah jugak..


 Nak try naik London Bus lagi!

SEKITAR KOTA ROMANTIK, PARIS

 Eiffel Tower akan ku jejak lagi!


 2013, nak grab one my own!


 Arch de triomph yang megah di tengah-tengah bandar





 



Tuesday, June 12, 2012

Seminar Diamond 10 Jun 2012

Alhamdulillah.. Seronok dgn seminar pada Ahad yang lepas. Mmg setiap seminar perasaan tak sabar sentiasa membuak-buak sbb seminar nak tunjuk cara nak buat income lebih lagi! Untung buat biz ni sbb ramai yang nak guide dan nak bg ilmu supaya kita berjaya juga.

Setiap perkongsian diserap sebaik mungkin utk digunakan utk dapatkan free trip ke London dan Paris ni.

Gambar-gambar di bawah ni antara biz partners yuni yang terpilih ke seminar pada hari tu. Tahniah semua!! Semoga kita dapat aplikasikan ilmu sehabis baik!

Thursday, May 31, 2012

LONDON..we're coming!!!

Wow! Terujanya dgn next 100% FREE package! LONDON!! Dari kecik kita sentiasa didedahkan dgn keindahan London. Igt x?
- kita selalu nyanyi lagu..let's sing a song.."london bridge is falling down..falling down..falling down..london bridge is falling down..my fairlady.."
- makanan pula..keropok yang plg famous dari kecik, keropok 'Double Decker' yang mmg sedap tak lapuk dek zaman!

Ter-recalled pula childhood masa ikut abah study kt sana..mmg best! Terutama skali masa winter. Suasana yang nyaman, salji turun macam debu, buat snowball fighting, snow slide, snow man yang montel, snow castle...semua macam baru semalam..mmm..bestnyer!! Tapi masa tu x pandai nak shopping lg..ye la...baru umur 13 tahun. Yang tahu jenama pun adidas, nike, puma sbb British mmg suka pakaian sporty masa tu. Kalo pg bulan Mac 2013 nnt x tahula apa gayanya shopping kat sana. Handbag kan ku serbu! ..hehe..

Ini yuni sertakan beberapa tempat menarik yang akan dikunjungi di sana!
- Trafalgar Square, Big Ben, Buckingham Palace, London Bridge, London Eye, Oxford Street...dan macam-macam lagi!

Semua ni akan menjadi kenyataan dengan biz PB..sesiapa pun boleh ikut serta kalo NAK. Jom! Pakej ni ditanggung 100%! Kalo nak ikut serta, jom pm Yuni di FB atau email nurul.ayka@yahoo.com.

Tuesday, May 22, 2012

My trip to Holland & Belgium

Dah sebulan lbh balik dari Holland dan Belgium tapi kemanisan trip masih lagi terasa. Lebih-lebih lagi sekarang tunggu masa nak ke trip seterusnya ke Guangzhou yang akan berlepas pada 12hb Julai 2012. Memang teruja sbb tak pernah ke Guangzhou!!

Trip dari Belgium ke Holland pada 11hb April yang lepas memang satu pengalaman yang luarbiasa kerana rasa bertuah dapat menikmati festival bunga tulip dan 1st time Yuni travel jatuh pada spring!!

Kami mendarat di Schipol Airport & perjalanan mengambil masa 1 jam menuju ke ibu negara Belgium iaitu Brussels. Di atas bas, kami diberi gift coklat Godiva dan duit shopping 45 Euros setiap seorg! Mmg best dpt benda free ni, kan. Tempat hang pertama dikunjungi ialah Atomium iaitu mercu ganda Belgium yang cukup besar dan unik! Satu pengalaman yang baru di Brussels sbb dapat menikmati waffle yang mmg menjadi fav yuni setiap kali je pasaraya tapi rasanya mmg sedap sungguh dan mengenyangkan sbb besar dan rangup. Belgian waffle ditambah pula dgn nutella yang lemak berkrim...mmmm..mmg best sgt!! Sambil makan, kami shopping di Manneken Pis iaitu tempat bersejarah yang mesti dilawati di Brussels. Souvenir kat situ dijual pada harga yang berpatutan dan banyak sgt shopping coklat yang macam-macam rupa dan rasa. Mmg best sgt!! Tempat ni ada sejarah tersendiri. Pada zaman dahulu kala ada kebajaran yang amat dahsyat sgt. Semua termasuk bomba tak dpt nak padamkan api yang semakin marak sehinggalah seorang budak kecil yang kencing dan tiba- tiba api semakin padam di tempat dia kencing. Tak lama lepas itu, semua orang amik air kencing budak itu utk padamkan api tu. Budak tu dinamakan Pee Pee Boy. Ada monumen budak itu di tgh-tgh bandar tapi cerita ini boleh percaya tak? Hehe.. Selepas habis shopping selama 2 jam, terus kami balik ke hotel utk berehat.

Keesokan paginya terus bangun awal sbb nak ke factory outlet sbb dah diwar-warkan harga barang kt situ ada potongan 60%!! mmg all-out shopping la..sempat grab Nike's sneakers, sling bag, shirts, tops, 4 pairs of Levi's jeans, and many more!

Beberapa hari di holland mmg best sgt sbb cuaca yang sesuai sgt! Kami dibawa ke Red Light District yang menjadi tempat tourist..yang sebetulnya, tempat fav kaum adam kot...hehe..nak tahu tempat ape ni? Red Light District ni terkenal sbg tempat pelacuran yang pelacurnya 1/4 naked di dalam dinding kaca. Means...hanya pakai bra dan panties kecik je.. Mmg gerun tgk tapi pengalaman di tempat org kita kutip. Culture org Amsterdam yang bebas dari segi pergaulan, dadah, pelacuran dan segala-galanya. Malah ganja dijual seperti asam masin yang kita beli di kedai-kedai runcit. Tarik je dari papan, terus boleh hisap. Coffee shop tak yah masuk la..mmg tempat hisap marijuana. Bab shopping mmg heaven sgt sbb barang-barang tax free sbb boleh refunds tax di airport means kami beli dulu, pastu masa di airport boleh claim balik tax. Best, kan! So, apa lagi...sbb minat bag, yuni grab DKNY Patent Scarf Tote, MAC cosmetics, 2 H&M's coats and H&M's handbags for souvenir. Hari yang berikutnya, kami menaiki bot pelancong mengelilingi bandar Amsterdam dan singgah si Gassan Diamond factory di mana satu-satunya factory yang mengeluarkan berlian 121 iaitu mempunyai 121 cuts yang cukup unik. Kat sini shopping pen yang mempunyai berlian di hujungnya yang mempunyai reka bentuk ekslusif dan unik. Esoknya kami ke Keukenhof iaitu tempat festival bunga tulip yang terkenal di dunia! Mmg rasa bertuah sgt sbb dpt lihat, cium dan pegang sendiri bunga tulip. Sampai sini baru tahu sebenarnya bunga tulip bukan berasal dari Holland tapi sebenarnya dari Istanbul, Turki. Seluas mata memandang ladang bunga tulip yang bermacam-macam warna. Subhanallah...itu je yg mampu diucap. Besarnya dan indahnya ciptaan Allah swt. Hari yang seterusnya kami dibawa ke kilang cheese dan terompah kayu tradisional Holland.. Di sini kami melihat bagaimana cheese dan terompah dibuat secara manual dan seterusnya dijual ke pengguna. So, shopping lagi!!! Selepas itu, terus kami dibawa ke perkampungan nelayan. Di sini lah sekali lagi Yuni cukup bersyukur sbb dapat menyaksikan sendiri bagaimana yang dikatakan Holland negara di bawah aras air laut. Sebelum ni Yuni just dgr shj orang cakap tapi memang menakjubkan di mana Holland yang tanahnya rendah dari air laut hanya dipisahkan tembok tinggi yang tahan dihempas air laut dan lebar tembok tanah itu tak sampai pun 100 meter dari kediaman si pesisir laut. Memang menakjubkan! Cuba bayangkan, kita mendaki bukit yang tinggi 30 steps tangga. Bila sampai je kat atas terus nampak air laut yang sama aras dgn kita. Boleh bayangkan tak? ...mengagumkan, kan. Boleh bayangkan betapa rendahnya tanah Holland tapi tak pernah berlaku banjir pun. Sbb tu la Yuni suka travel sbb nak tgk keindahan alam Allah swt. Di kampung nelayan ni kami dapat makan seafood digoreng fresh serta salad fresh dan yang bestnyer sbb FREE!! Mmg lazat sgt! Souvenir kat sini paling rendah harganya berbanding tempat lain! Mmg shopping sakan lagi!!!

So, ini shj yang Yuni nak cerita mengenai trip FREE ku di Holland dan Belgium. Semuanya kerana biz PB yang Yuni buat ni. Kalo yuni boleh, anda pun boleh! Jom sertai kami utk trip seterusnya ke London & Paris pula!