Pada suatu hari, tuan rumah tu x beli dh cheese. Begitu juga hari-hari selepas itu sehinggalah dh seminggu tikus A dan B menunggu masih tiada bekalan juga. Badan semakin lemah & longlai. Oleh kerana terlalu lapar, tikus A pun buat keputusan nak keluar dari rumah tu untuk mencari cheese. Tikus A ajak tikus B sekali tapi tikus B tak mahu ikut sbb tikus B yakin untuk menunggu bekalan yang akan tuan rumah supply kelak. Jadi, keluarlah tikus A dari rumah tu untuk mencari cheese.
Hari demi hari, rumah ke rumah, tikus A menyelinap masuk untuk mencari cheese tapi tak jumpa-jumpa juga. Macam-macam rintangan yang tikus A tempuh tapi dia tak pernah mengalah & teruskan perjalanannya untuk mendapatkan cheese. Sampailah pada 1 hari, tikus A sampai di sebuah kilang cheese yang cukup besar & tikus A terpegun sangat sbb tak pernah tgk cheese yang begitu banyak dalam hidupnya. Tikus A pun makan cheese-cheese tu sehinggalah pada suatu ketika teringat pada tikus B.
Tikus B pun membawa balik sedikit cheese untuk tikus B. Sesampainya tikus A di rumah, dia mendapati tikus B dah pun mati.
Moral of the story :-
- Untuk mendapatkan sesuatu mesti melalui usaha tanpa henti & tidak kenal erti berputus asa.
- kita yang menentukan masa depan kita sendiri.
- jangan ada budaya berharap dalam hidup, sentiasa menunggu rezeki & berserah sahaja pada takdir. Sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh sehingga menemui kejayaan.
- rintangan-rintangan yang dilalui semasa kita berusaha jangan dianggap sebagai halangan sebaliknya menjadikan ia positif sebagai satu petanda yang kita semakin hampir mencapai kejayaan.
Good luck to all!
No comments:
Post a Comment