1st day tour guide bawa ke Movieworld ala2 macam Disneyland tapi Movieworld ni banyak pamer cartoon character yg ada dlm movie...batman, scooby doo, marilyn monroe, chipmunks dan mcm2 lg.. Mmg best sgt tgk cartoon charcters ni. Ada show lagi.. Sambil2 jalan dan banyak amik gambar, rasa perut lapar, singgah makan fish & chips original Australian..mmm..sedap sunggoh! Fish fillet fresh lagi! Cuma hidangan takde sos cili. Kita org Asian ni x lengkap makan tanpa pedas. Beli sos cili..packing kecik je setakat 2 kali celup abis tp rege mak ai..RM4! ..kueng..kueng..kueng..sib baik free melancong, dh jimat tang tu. so apa lagi, belasah je amik banyak-banyak hubby cakap..hehe..sebab duit poket pun diberi. Pastu, sambung shopping lagi!
Balik hotel, sambung lagi shopping sourvenir. Kebetulan dekat ngan hotel tu ada satu kedai sourvenir run by Malaysians..nama tauke tu Oscar. Mmg baik hati sangat! Beratus org serbu kedai dia..trus bagi harga special kt km..lagi best kitorg memilih. Senyum lebar oscar. Barang2 dalam kedai hampir licin. Sorg2 beli berkodi2 t-shirt ada perkataan Gold Coast. Tak ketinggalan juga bulu biri-biri yg tebal berkualiti tinggi hanya berharga RM140 je.. Itupun habis stok.. Cuba bayangkan macam mane kami berbelanja. Melancong semunya free termasuk la duit poket pn diberi. Mesti all out punyer shopping. Malam tu jalan2 sambil tgk surrounding. Yuni cuba aiskrim yg paling famous kat situ..nama dh lupa..tp mmg best sbb semuanya homemade. Macam-macam jenis perasa aiskrim even cone pun dibuat kat tempat tu. boleh tgk cara diorg buat melalui kaca. Ada street soccer, persembahan jalanan, pakaian org yg pelik2. Bagi orang lelaki mmg suka bab ni...'sex shop' pn ada...mmm.. Tempat jual barang-barang tut...tut... :p
Keesokannya bangun pagi2, dibawa ke tempat lbh kurang macam universal studio campur zoo..hehe..nama lupa pulak..Best! Macam-macam jenis permainan ada.. Yg macam solero di Genting Highlands pun ade tp 3 kali ganda lebih tinggi. Mmg gayat dan seperti biasa, yuni mmg tak naik satu pun permainan tu sbb yuni ni jenis pening ckit. Nnt trus flat tak boleh nk shopping dh pastu. So, sbg langkah selamat, yuni just shopping lagi dlm tu..hehe.. hubby pun setuju jugak..hehe..sayang sgt kat hubby. Beli sourvenir dan mug sbb yuni nk kumpul koleksi mug dari overseas. Ada satu seksyen yg kami dibawa ke tempat kangaroo.. Mmg kecik2 je kangaroo tu..koala dan wombat pun ada tp koala ni pemalas. Buka mata pun malas. Duduk je kat tempat tu x bergerak2 macam patung. Tido memanjang. Yuni satu je kalo ngan haiwan ni geli ckit. Nak pegang tu mmg tak la.. Jadi amik gambar ala-ala seram gitu.. Pastu kami dibawa tgk show Australian hunter. Tgk cmne bulu biri-biri di'shave' utk dijadikan produk dan boleh tumbuh balik. Show ayam, itik dan ular pun ade. Paling best, anjing laut pun buat show!
Gold Coast ni populasi banyak foreigner..kebanyakkannya dari Jepun. Orang malaysia pun ramai yang bermastautin kat sana. Yang buka kedai makan pun ramai kt sana. Seronok tgk semangat orang Malaysia yang biz kat sana. Australian dibayar gaji seminggu sekali sbb tu diorg biasanya enjoy je ujung minggu habiskan duit. Petrol pun kadar harga tak tetap. Kalo hari Khamis hingga Isnin mahal harganya. Lepas balik dari Gold Coast selalu cakap kat hubby, kalo lalu jalan kat Bangsar, macam duk kat Gold Coast, kan..sebijik camtu. Jalan berbukit-bukit dan banyak kedai2 kat tepi jalan.
Pegi kedai Honeybee dan Chocolate Factory. So, masuk kedai madu pun shopping la jugak..banyak jenis madu angkut je smua. Pastu tingkat atas kedai madu tu ada Chocolate Factory. Borong coklat pulak tapi yg paling special try banana dip in chocolate.. Best sgt! Special from Australia only. Wow!
Singgah Hard Rock Cafe is a must! Shopping baju Hard Rock dan mug setiap kali melancong. Best sgt buat koleksi.
That's all from Gold Coast! Pengalaman ni tak terluah dgn kata-kata sahaja. Banyak sgt kenangan indah sampai tak tertulis. Semuanya pengalaman yg indah2 shj..cukup indah dan unik sampai Yuni boleh igt lagi walaupun ke Gold Coast pada tahun 2007. Jadi hakcipta terpelihara pada Yuni. Kalo nak lagi feel, experience it urself. Jom buat biz dgn Yuni nak keliling satu dunia sebelum waktu tua menjelma nnt. Nak tahu lebih lanjut? Jom kita sit down on seriously biz talk, making money and enjoying life to the fullest!
No comments:
Post a Comment